REZEKI ADA DI MANA-MANA DENGAN MENAIKI TEKSI T______T

 hi semua! selamat bercuti semua.. hehe..

aku suka la cuti-cuti ni tapi yang tak seronok bila cuti ni, aku dan  teman-teman tapi mesra ni kekurangan sumber makanan. nak mintak tolong budak-budak lelaki yang hensem lagi comey tak dapat. semua pun nak balik rumah. yela, cuti 4 hari. siapa tak nak balik. aku je yang gedik tak nak balik. padahal rumah kat seremban je. tapi bosan la balik rumah. kerja aku mesti tido je. tak mau lah! lain la kalau balik Sabah. dapat jugak jumpa family tercinta.

ni la yang susahnya kalau tak ada kereta. asal nak keluar sikit, perkhidmatan teksi diperlukan. dah la kena berebut dengan pelajar maktab untuk naik teksi. adoy. nak kan pulak masa nak balik bercuti. memang kena book teksi awal-awal. aku yang nak ke airport ni, memang akan book teksi awal dua tiga hari sebelum pulang bercuti. kesian kan?

kami roomate.. mereka roomate..

tadi, aku dengan 3 orang kawan aku keluar cari makanan. kami pergi warta je. warta je yang paling dekat dan ada makanan. tempat lain jauh dan tak berbaloi untuk pergi sebab lepas makan mestilah nak cuci-cuci mata tempat baju-baju, shawl-shawl dulu. hehe. mencuci mata lepas makan ni tak menaikkan nafsu aku untuk membeli shawl. HAHA. padan muka kau shawl! aku sentuh-sentuh je shawl tapi tak beli. bagi perempuan, cukupla dapat sentuh benda yang kita nak tu kalau tak mampu nak beli. HEHE..

fik, mawa, ateh dan saya

aku kan kalau nampak baju yang cantik ke, shawl yang cantik ke, mesti nak sentuh benda tu. tak tahu kenapa. biar la setakat lalu je sebelah benda tu. terus rasa puas hati bila dah dapat sentuh walaupun tak beli. hehe.

sebelum balik maktab tadi, aku dengan roomate aku beli char kuey teow kerang. yummy~ dak oh! [sedapnya].